KUALA LUMPUR:Prosiding komital yang dikemukakan Peguam Negara terhadap bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam atas dakwaan mengugut seorang saksi dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan didengar 18 Mac ini di Mahkamah Tinggi di sini.
Saksi itu ialah Datuk Amhari Efendi Nazaruddin yang merupakan bekas pegawai khas Najib.
Timbalan Pendakwa Raya T. Deepa Nair berkata prosiding komital itu akan didengar di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.
"Mahkamah memerintahkan pihak pendakwaan dan responden memfailkan hujahan bertulis pada 18 Feb ini dan sekiranya terdapat hujahan tambahan, ia perlu difailkan pada 4 Mac," katanya ketika dihubungi selepas prosiding pengurusan kes hari ini.
Pada 14 Jan lepas, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Lokman Noor untuk mengenepikan kebenaran yang diperoleh Peguam Negara bagi memulakan prosiding komital terhadapnya selepas memutuskan bahawa notis tunjuk sebab telah dikeluarkan kepada responden dan pendakwa raya mematuhi Perintah 52 Peraturan 2B Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
Pada 13 Mei tahun lepas, Mahkamah Rayuan turut menolak rayuan Lokman Noor selepas memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf dalam keputusannya membenarkan permohonan Peguam Negara.
Pada 14 Jan tahun lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Lokman Noor selepas berpendapat kenyataan oleh Peguam Negara adalah jelas dan mencukupi ketika ia dibawa kepada perhatian responden.
Pada 22 Okt 2019, Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Peguam Negara ketika itu Tan Sri Tommy Thomas untuk memulakan prosiding komital terhadap Lokman Noor bagi perbuatan menghina mahkamah yang dilakukan dua kali pada 25 Sept tahun sama.
Thomas, yang dilantik sebagai Peguam Negara untuk tempoh dua tahun pada 4 Jun 2018 oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menggantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali, meletak jawatan pada 29 Feb tahun lepas.
Thomas memulakan prosiding komital terhadap Lokman Noor dengan memohon supaya responden dipenjara atau didenda atas perbuatannya.
Thomas berkata pada 25 Sept 2019, responden dalam temu bual video telah mengeluarkan perkataan berbaur ancaman atau membawa maksud untuk mengugut Amhari Efendi kerana memberi keterangan pada perbicaraan kes Najib di Mahkamah Tinggi.
Peguam Negara itu berkata tujuan tindakan responden adalah untuk mengganggu dan mengugut Amhari Efendi, saksi lain dan mana-mana saksi berpotensi yang mungkin tampil untuk memberi keterangan terhadap Najib pada perbicaraan kes 1MDB.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 27 2021
Prosiding komital terhadap Lokman itu akan didengar di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah. - Bernama
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Pemuda dipenjara lapan tahun sebabkan kematian bayi teman wanita
Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkan teman wanitanya.
Hapuskan terus Jemaah Islamiyah
Bersama ditalian, Prof Dato Dr Muhammad Nu Manuty Pengerusi IKIM.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.
Lokman Adam hantar representasi sabitan hina mahkamah berhubung kes 1MDB
Ahli MKT UMNO Datuk Lokman Noor Adam telah menghantar representasi kepada AGC berhubung sabitan menghina mahkamah membabitkan kes 1MDB.
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkaitan COVID-19
Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO Datuk Lokman Noor Adam daripada pertuduhan menyebarkan berita palsu.
Keputusan Lokman Adam sebar berita palsu 7 November ini
Hakim, N Priscilla Hemamalini menetapkan tarikh itu selepas memaklumkan nota keterangan di akhir kes pendakwaan ini, masih belum disediakan.
Saman Lokman Adam: Ismail Sabri peroleh injuksi sehingga kes selesai
Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan bagi mendapatkan perintah injunksi oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kes saman fitnah terhadap Lokman Adam.
Lokman Adam fail tuntutan balas terhadap Ismail Sabri
Selepas disaman Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas dakwaan menyiarkan kata-kata fitnah menerusi akaun media sosial, Datuk Lokman Noor Adam pula memfailkan tuntutan balas terhadap perdana menteri itu.
Bukan perjanjian, hanya persefahaman antara Ismail Sabri dan Muhyiddin - Annuar
Persefahaman antara Ismail Sabri dan Muhyiddin terhad pada perkara berkaitan pembentukan Kabinet serta hal-hal pilihan raya.
Lokman Adam didakwa buat komunikasi jelik terhadap PM, kerajaan
Lokman mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang didakwa dilakukan di Facebook niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Hina mahkamah: Lokman Adam diberi amaran terakhir
Mahkamah Tinggi hari ini memberi amaran terakhir kepada Lokman Adam selepas mendapati beliau bersalah menghina mahkamah.
Mahkamah Tinggi ketepikan sepina Lokman Adam ke atas Raja Rozela
Mahkamah Tinggi mengenepikan sepina yang dikeluarkan kepada TPR Raja Rozela untuk memberi keterangan dalam proseding terhadap Lokman Adam.
Prosiding hina mahkamah terhadap Lokman Adam didengar 3 Ogos
Prosiding menghina mahkamah terhadap Datuk Lokman Noor Adam dalam perbicaraan kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, akan didengar 3 Ogos ini.